Awesome;
+Follow | Dashboard

Choux paste yang lazat rasanya. Breakfast ala ala western
Monday, June 10, 2013 | 0 Awesome
Assalamualaikum. Pernah makan choux paste? Rugi law tak pernah. choux paste ni sedap and very light rasanya. Sesuai untuk orang yang berdiet. Rasanya lebih kurang macam kuih cakoi.. hahaha. Entahlah lidah aku yang rasa. 
Ok, lets c the recipe:
100gm Butter/Margarine*
A pinch of Salt*
250ml Water*
125gm Superfine Flour
3 number of eggs

How to do?
1. Masukkan bahan bertanda * kedalam sauce pan.
2. Didihkan sehingga boiling dan tutup dapur gas. Sebaik sahaja mendidih, tutup terus tu api.
3. Masukkan tepung dan kacau laju laju.
4. Selepas mendapat doh yang lembut, rehatkan dalam bowl sehingga sejuk.
5. Selepas doh sejuk, gaul sebati telur satu persatu.
6. Sediakan baking tray yang telah disapu minyak sedikit.
7. Pipe kan doh keatas baking tray.
8. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200'C
9. Bolehlah letakkan filling seperti pastry cream, fresh cream dan buah buahan y masam masam seperti kiwi dan strawberry.

Ab suka yang ni, Paris Brest.


Yang ni pula cream puff, e'clair dan profiterols 


Apa tunggu lagi.try lah buat sekarang



Resepi Donut ala ala Big Apple versi budak PKK
Assalamualaikum. Apa khabar semua? kali ni kita cerita ttg donut. Pernah makan donut di big apple dan dunkin donut? ermmm i more into big apple.But not so addict lewrr.. Donut di Big apple sangat lembut teksturnya compare to Dunkin donut punya donut. If Ab p Big Apple, harus beli yang Tea-off.. hahaha..my feveret tu. Bah, why not kita buat donut sendiri. Teksturnya pun ok, lembut. Ab suka.hehehe
Ok.Lets c the recipe:

205gm Water*
19gm Yeast*
53gm Castor Sugar#
1/2 tsp Salt#
19gm Milk Powder#
375gm Bread Flour#
1 biji telur
38gm shortening.

How to do?
1. Mix well bahan bertanda *
2. Mix well bahan bertanda #
3. Mix well telur dengan bahan bertanda # dengan menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti breadcrumb/ serbuk roti.
4. Masukkan sedikit demi sedikit bahan bertanda * ke dalam item no 3.
5. Masukkan shortening dan mix well.
6. Uli dengan tangan selama 20 minit ataupun sehingga windowpan test berjaya.
7. Fermentkan dalam proof box selama 30 minit. Atau di atas meja suhu bilik selama 45 minit.
8. keluarkan angin dari doh dan pukul tumbuk manja. canaikan dalam anggaran 2 cm.
9. Dengan menggunakan donut cutter, terapkan doh tadi. Guna tangan pun boleh, tapi tak kemas kan.
10. Rehatkan donut tadi selama 30 minit di atas meja. donut tu akan kembang.
11. Panaskan minya. pastikan minyak yang digunakan mencukupi, paling baik jika donut tu boleh terapung dalam kuali.
12. Goreng macam biasa.
13. Hiaslah dengan coklat yang dicairkan dan deco sukahati anda. DONE!


Ini Group kami yang buat. hias ikut kreativiti anda masing masing


Resepi PAU yang putih gebu lagi suci mulus
Assalamualaikum. Jika anda pelajar PKK, mesti pernah makan pau di cafe kan. Ab suka pau kacang tanah compare dari yang lain. Sedap. tapi sedap lagi pau ayam di tuaran. Gulppp, yummy! kali ni, meyh try buat pau sendiri. Resepi ini mmg khas dibuat time kelas pastry bulan bulan yang lalu. Rupanya, tak susah nak buat pau ni. Tutup mata pun boleh buat. Erk?
ok..lets c the recipe:

300gm All purpose flour (0r hong kong flour) *
6gm Baking powder*
2 gm Salt*
162gm Warm water#
6gm Dry Yeast#
30gm Castor Sugar#
18gm Shortening

How to do?
1. Mixx well semua bahan bertanda *.
2. Mix well bahan bertanda #.
3. Masukkan item no 2 ke dalam item no 1 sedikit demi sedikit.
4. Setelah menjadi doh, masukkan shortening. Uli sehingga sebati. Rehatkan doh selama 30 minit didalam proof box. If teda proof box, letak saja atas meja di suhu bilik anggaran 45 minit.
5. Setelah kembang doh tadi, tumbuk perlahan lahan. Fungsinya untuk keluarkan angin dalam doh tadi. bulatkan doh dalm anggaran 50gm satu.
6. Bolehlah letakkan inti apa yang disuka. Tapi kali ni, lect Ab suruh letak inti tausa, kacang merah.
7. Sebelum kukus, rehatkan dulu doh tadi selama 15 minit.
8. Kukuslah selama 15 minit.

Beginilah rupanya pau yang gebu


Selamat mencuba!

Resepi plain muffin yng gebu, Pasti meletup letup dalam mulut!
Sunday, June 09, 2013 | 0 Awesome
Assalamualaikum. Apa khabar semua? baguslah law sihat. Ok k k, banyak banyak resepi muffin kat dunia ni, resepi inilah yang buat hatiku berbunga buga sekembang kembangnya. Resepi ni sangat perfect kerana dapat menghasilkan muffin yang gebu, sedap dan berlemak. Fuuuhhhhhh! now u can eat what they it in Heaven. Cubalah buat kat rumah, tawan hati kekasih anda dengan keenakan muffin. pasti kekasih anda tak nak lepaskan anda. haha

lets c the recipe:
230gm Butter/Margarine
230gm Castor Sugar
1 tbsp vanilla Essence
265gm Superfine Flour
1 Tbsp Baking powder
1/4 tsp Salt
5 numbers of eggs

How to do?
1. Gabungkan flour n baking powder dan tapiskan guna penapis.
2. Pukul butter dan sugar sehingga warna bertukar warna krim dan masukkan vanilla.
3. Masukkan telur satu persatu diselang selikan dengan bahan no 1 dan juga garam.
4. Gaul rata.
5. Letakkan dalam bekas cup cake atau muffin setengah, masukkan FILLING dan tutup agi dengan adunan tadi. patikan hanya sekadar 3/4 penuh.
6. bakar 30- 35 minit pada suhu 180'c

Untuk filling, anda boleh letak apa apa jenis jam, letak coklat pun ok juga, Pada kali ini, Ab buat perisa blueberry. So, selamat mencuba!


Beginilah hasilnya 




Scone Recipe
Assalamualaikum, entri kali ni Ab maw share satu resepi yang Ab buat dalam kelas. Scone. Scone ni makan org putih utk breakfast. Rasanya tasteless, sebab tu ideal dimakan bersama garvy y manis, seperti honey, susu pekat, jam and depend on u lah. Asalkan jangan dengan sambal belacan, macam tak ngam. hohohoho..
jom Jom terjah resepinya ;) layannnn

300gm Bread Flour *
300gm Superfine flour *
75gm castor sugar *
6gm Salt *
36gm Baking powder *
240gm Shortening
1 number of whole egg #
270gm Fresh Milk #
150gm raisin

How to do?
1. Gabungkan dengan sebati adunan bertanda *.
2. Masukkan shortening kedalam adunan no 1 tadi dengan hujung jari sehingga menjadi seperti breadcrumb aka serbuk roti.
3. Gabungkan bahan-bahan y bertanda #.
4. Masukkan sedikit demi sedikit item no 3 kedalam item no 2 sehingga menjadi doh lembut.
5. Uli dengan tangan di atas meja sehingga doh tersebut tidak melekat lagi di permukaan meja ataupun atas permukaan tempat menguli.
6. canaikan doh lebih kurang 2 cm ketebalan.
7. Terapkan dengan bentuk bulat dan letakkan atas baking tray.
8. bakar selama 15-25 minit dengan suhu 180'C.

And, this is my scone ;)


Selamat mencuba ;)

My LUNCH in Telipok
Thursday, January 17, 2013 | 0 Awesome
Assalamualaikum w.b.t. Ab sekarang ada sedikit masa, so nak update sedikit ttg apa yang Ab experienced today. Akhirnya tercapai untuk makan di mangrove restaurant di politelipok. Mangrove restaurant ni biasanya sem 5 yang handle untuk subject operational restaurant. Diaorang kununnya buat macam restaurant betul betullah. Ada manager, waiter and waitress, chef and ada executive chef <lect>  Yang terbaiknya bila kita makan table d'hote (4 course) hanya dengan harga RM 10.00 sahaja. Bermula dari appetizer > soup > main course > dessert. Style makan di sini ala ala barat, but sometimes ada buat stall and eastern food. Di telipok ni ada western food! tak payah spend banyak duit makan di western food di tempat lain yang status halal tak terjamin kan :) ok tanpa chit chat chit chat! jom kita terjah.
Kita mulakan dengan gambar saya, wakakakkakaka

tak sabar nak sumbat segala segala dalam perut ni! wakakakka
 
 Ni dia rasyid! saya rasa dia masih kenyang, tapi saya paksa dia pergi makan rasanya. wakakkaka kekejaman!

Satu satunya bunga yang makan dengan kami. Ni sorang pun saya paksa makan.wakakakaka
kekejaman!


Ni kami punya beverages Lemoncoke. Not bad!
 

Lets start our appetite with appetizer!
::SPINACH CRABMEAT QUICHE::
(Spinach Mushroom Quiche Baked with Mozzarella and Parmesan  )
Appetizer ni sedap, just if saya kan, saya suka yang spicy and little bit salty. Nasib baik ada salt and pepper time tu. Yang macam misai tu bukan kayu ok. itu spagheti yang digoreng. Kreatif kan, saya jewr yang berani makan benda tu sebab boleh dimakan. hahahhaha
 

 Lets move to the savory soup
::PUREE PUMPKIN SOUP::
(Served with Stick Garlic)
I very very very very like this soup. No comment! Just i love it :)

Well. Golden time! Minute of Main Course
::GRILL SIRLOIN STEAK::
(Served with Curry Chick Pea and BBQ Sauce accompanied with Chef Selected Vege ) 
Main course ni unik kerana guna chick pea/ kacang kuda sebagai starch item!
Btw, nasib baik gigi saya selamat :)

  
Tada, sampai sudah end of our lunch
::APPLE STRUDDLE::
(Serve With Blueberry Sauce)
Ermmm rasanya ok, Just sauce dia sedap tapi kurang ngam dengan struddle tadi. Struddle kalau crispy lagi sedap utk pengetahuan anda. Macam mana mahu crispy?, Kita buat banyak layer :)

Kami tak dapat nak menikmati lunch hari ni dengan sepenuh nikmat kerana masa yang sangat cemburu.Lalalallalala kelas start jam 2 dan jam 2 baru kami dapat main course. Hahahaha. kena makan rush rush, if tak kelewatan pula ke kelas sales and marketing. HUH! nasib baik, masuk kelas, lecturer tak bising sangat and kebetulan baru nak buka slide pertama. Alhamdulillah teda yang ketinggalan. Next time mahu try lagi if ada kekosongan. Nak makan disini kena reserve, if tak, tak merasalah lunch ala ala western. Kepada pelajar jabatan lain yang nak rasa, boleyh lah datang awal ke telipok, cari restaurant mangrove dan booking seat and bayar deposit. Tadi Ab ada nampak pelajar UMS yang mencuba hasil tangan senior kami. Dapat sambutan dari student UMS lagi! so pelajar poli, cepat cepatlah booking :)




BASIC SWEET BUN DOUGH RECIPE

 
Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semuanya? sihat? Prihatinlah pulak. Minta maaf banyak banyak sebab janji malam kemarin nak update blog, memandangkan sibuk dengan aktiviti yang tak habis habis! so sekarang ni ada banyak masa free sikit before study pasal bakery lagi ni.ok Listen..listen..listen... jadi fenomena lah pulak. Ok biarkan diaorang dengan masalah diorang, kita buat bun jak di sini ok. Isnin lepas 14 jan, dapur pastry kitchen berasap kembali. Well, kelas kami ni kalau tiap minggu, jadi first class utk guna kitchen pastry di poli. Hahahahahahaha. Hari tu kami buat basic sweet dough recipe. Sangat basic and bahanya senang nak cari, melainkan kamu cari di stesyen minyak, sah sah lah teda kan.wakakakaka.
okeyh semua, kita check recipe nye and let me speak. wakakaka

750 gm              High protein flour
150 gm              Castor sugar
8 gm                  Salt
23 gm                Soft Improver
23 gm                Dry yeast
90 gm                Fresh Milk
3 nos                  of Eggs
270 gm              Warm water
90 gm                Butter
15 gm                Margarine

How to do?
  1. Masukkan tepung, castor sugar, garam and soft improver ke dalam bowl stand mixer. Mix sehingga sebati dan masukkan dry yeast.
  2. Dalam bekas lain, whisk kan telur, susu dan air suam sehingga sebati.
  3. Masukkan item nombor 2 secara sedikit demi sedikit ke dalam item nombor 1.
  4. Masukkan butter dan margarine dan beat dengan kelajuan sederhana sehingga betul betul sebati selama 2 minit.
  5. Keluarkan doh tadi dan uli dengan tangan selama 18 minit. Pastikan guna banyak tepung untuk uli dengan tangan supaya nanti doh tidak melekat di permukaan. Tapi jangan terlampau banyak guna tepung! nanti doh jadi keras, tak pasal pasal kita semua makan caphati. nak ?
  6. Selepas itu rehatkan doh dalam proofer selama 20 minit.
  7. Lama sudah rehat, kita kena buangkan angin dalam doh tersebut sehingga yakin angin tadi telah teda. Maksud saya, doh itu akan kembang 2 kali ganda saiz asal. So kita kena tumbuk tumbuk manja sikit supaya kembali ke saiz yang asal.
  8. bahagikan adunan kepada 50 gm setiap satu or 60 gm setiap satu. Bergantung kepada product yang mahu dihasilkan. Group kami buat tausa bun, jadi guna 50 gm. Kalau group lain guna 60 gm sebab mahu buat spicy sausage bun dan serunding bun.
  9. Letakkan doh yang dibahagi kecil tadi atas dulang dan biarkan di atas meja selama 10 - 15 minit.
  10. Selepas itu, barulah kita masukkan inti yang kita suka.
  11. Lepas dah masuk inti, masukkan dalam proofer selama 10-15 minit lagi
  12. Selepas itu boleh bakar dalam oven selama 15-20 minit dengan suhu 180 celcius. 
Penatnya taip. Penat bukannya apa, pelajar ipt kan, besalah tu. Lagipun hari tu training taekwando, sengal sengal semua muscle2 tulang belulang.  Ok biarkan saya begini. kita layan some picture of my product :)

Ini dia antara bahan yang Ab guna :)

 ::Sardine Bun ::
Letak jak Inti sardine di dalam bun tu. Just Simple

 ::Spicy Sausage Bun::
Cantikkan, Saya nak ajar pun susah, kena ajar face to face teknik gulung gulung sosej ni.
 
  
::Tausa Bun::
Tausa ni atau nama lainya inti kacang merah. Ni group Ab yang buat, The Vintageous Corner.
Sedap! Lembut dan berkrim intinya :P

 ::Serunding Bun::
Orang putih panggil Chicken Floss. 
Paling mahal sebab harga sebungkus serunding ni mencecah 50 ringgit.

 Lautan Bun, lepas ni boleh lah buat Bun banyak banyak di rumah. Makanlah kamu satu bulan bun di rumah. Biar kesendatan makan bun. Wakakakkaka

 
Ni ketika proses making and panning. Me and my group partner Ceci
Tengah buat inti tausa lah pulak kan.
 
Ni pula proses uli dengan tangan. Nampak tak banyak tepung disana kan. Supaya nanti doh tu tak melekat bila diuli atas table tu. Kamu sanggup uli doh macam chewing gum? kalau tak nak, gunalah tepung.

 Ni pula proses buat inti untuk serunding bun. sumbat jangan tak sumbat!

Yang terakhir ni ketika buat spicy sausage bun. Btw, sempat lagi curi curi makan sosej mentah. yummy. macam kamu tak pernah buat kan di rumah. wakakkakaka,

Ok semua, jangan lupa try recipe ni di rumah nanti ya. Dari basic resepi ni, banyak jenis bun yang kamu boleyh hasilkan. Yang empat tadi tu antaranya lah. Pandai pandai kamu dengan kreativiti kamu sendiri. Mata pun dah mengantuk, cuaca pun sejuk semacam, macam best pula kalau tidur time time begini. Oleh itu, selamat mencuba :)


« More Post

Awesomepeople
Little thing about me

Haii. This is my bloggie. Come here. It was amazing right ? hoho, just kidding LOL.

» Meet The Owner
» » Linkies
» Mr.Entries

Shoutwhatyouwant
My Favourite TAGBOARD


Credit
Thanks to them

» Template by : Iyra Monster
» Software : Photoshop CS5
» Pictures from : WeHEARTit
» Owner ::Taiko:: : AB Der Tiramisu/Face book
» Colour : Black, Grey, Yellow, Orange, Red, Green, Purple, Blue, Pink, White n Brown

Past=kisah lama